Labels

Wednesday, April 3, 2013

GAJI TAHUN 1990 BANDING GAJI TAHUN 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila dok termenung-menung, macam-macam yang difikir. Kali ini nak satu lagi cerita tentang emas. Mungkin ada yang bosan asyik cerita tentang emas, tapi subjek kali ini, mungkin ada orang yang tak tahu  atau yang tahu tapi tak ambil peduli. Apa-apa pun, niat saya baik dan saya harap tulisan saya ini akan menjadi panduan terutama pada anak-anak saya nanti.
Sebab pengurusan kewangan tidak diajar di sekolah. Ia dipelajari dari pembacaan dan pengalaman. Kejayaan seseorang dalam mengurus kewangan bukan semata-mata terletak pada gaji yang besar. Jangan terkejut bila ada yang bergaji RM10,000 sebulan tiada aset tapi yang bergaji RM2000 sebulan mempunyai aset yang lebih jika dibanding dengan gajinya.

Berbalik pada cerita tentang gaji tahun 1990. Ini cerita saya hehe.. Gaji permulaan saya pada tahun 1990 adalah RM1700 termasuk elaun . Harga 1 dinar pada masa tersebut sekitar RM127. Jika gaji saya ditukar dalam bentuk emas, gaji saya pada masa tersebut bersamaan dengan 13 dinar. Sekarang ini gaji permulaan untuk jawatan yang sama termasuk elaun sekitar RM4000.00 dan harga 1 dinar sekitar RM710 iaitu bersamaan 7 dinar.

Maknanya, jangan seronok sangat dengan angka beribu-ribu sebab kuasa membeli sebenarnya lebih rendah dari tahun 1990. jangan terjejut, walaupun gaji telah meningkat , sebenarnya nilainya susut akibat inflasi. Bagaimana, Masih nak menyimpan 100% simpanan dalam bentuk wang tunai? Fikir-fikirkanlah.....

No comments:

Post a Comment