Labels

Sunday, September 29, 2013

BILA MASA UNTUK MENJUAL EMAS JIKA ANDA BUKAN DEALER PUBLIC GOLD?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya mula membuat simpanan emas fizikal sejak tahun 2010. Memang orang beli emas, macam beli rumah, semakin lama disimpan semakin tinggi harganya. Tapi saya tertanya-tanya pada diri sendiri, kalau kita beli rumah, kalau kita sewa rumah tersebut, kita akan mendapat hasilnya setiap bulan apabila penyewa membayar sewanya.

Tapi berlainan dengan emas, kita tak merasa hasilnya selagi kita tidak menjual emas kita. Saya nak kalau boleh simpanan emas kita tu biarlah dapat mendatangkan hasil juga . taklah beku hingga sampai masa kita nak menggunakannya

Dari pengiraan saya, kalau kita membeli emas public gold, kita boleh menjual dan membeli untuk mendapatkan keuntungan jika trend harga emas turun dan naik dengan perbezaan yang tertentu.

Jika kita hendak membeli emas, kita akan rujuk harga PGSELL dan jika kita hendak menjual kepada Public Gold, kita perlu rujuk harga PGBUY . Perbezaan dari harga  PGSELL  masa kita beli dulu dengan harga PGBUY semasa kita hendak menjual perlu diambil kira jika kita ingin mendapat keuntungan jangka pendek.

Ini sebagai panduan untuk diri saya sendiri dan yeman-teman yang ingin mendapat keuntungan jangka pendek.
Untuk mudahkan cerita , kita hanya pantau harga 1 dinar. Saya pilih satu dinar sebab nilainya rendah, so mudah untuk diingati.

Bila kita boleh menjual untuk mendapat keuntungan :

Kalau bukan dealer , jika ingin menjual untuk mendapatkan keuntungan pastikan beza harga PGSELL masa kita membeli dahulu dengan  PGBUY  masa kita hendak menjual. Anda boleh menjual jika harga PGBUY melebihi harga PGSELL  semasa kita membeli dahulu. Jika harga PGSELL lebih rendah dari PG BUY , baik jangan jual.

contoh seperti ini:





Katakan jika saya hendak membeli produk Public Gold, saya perlu rujuk harga PGSELL, saya juga agak keliru dengan term ini dulu. Untuk senang ingat PGSELL adalah harga Public Gold Sdn Bhd jual kat kita, manakala PGBUY adalah harga Public Gold Sdn Bhd beli dari kita. Ada faham...mudah ingatkan?..

Dalam kes diatas, jika kita beli 1 dinar dengan harga RM767.00, bila harga 1 dinar naik RM801, jika kita naik jual tengok PGBUY ialah  RM756.00. So kalau kita naik jual belum untung lagi..kita akan rugi  RM767-RM756 iaitu RM11.00. kalau yang kat Sabah dan Sarawak jangan lupa charge transportation..

Jika berminat, klik sini


Saya nak beli emas Public Gold..apa perlu saya buat?




Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin ada teman-teman sudah tahu kebaikan membeli emas fizikal sebagai salah satu cara menyimpan, akan bertanya soalan ini..macam mana nak beli produk Public Gold. Saya pun mempunyai soalan yang sama setelah membaca tentang kebaikan simpanan dalam bentuk emas fizikal. Bila saya google, memang banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang serupa. Kita kena tahu memilih agar kita tidak tertipu atau rugi. Setelah mebuat bacaan dari web www.publicgoldsarawak.com, saya telah mengambil keputusan untuk membeli produk dari Publicgolg Sdn. Bhd . Ada beberapa sebab kenapa saya memilih produk dari syarikat ini, antaranya :
1.mempunyai cawangan di kebanyakkan negei.

2.harga emasnya berubah setiap 20 minit dan mengikut harga dunia.

3.kita sebagai pelanggan boleh membeli emas jika kita rasa harga adalah rendah dan boleh menjual walaupun  harga emas tinggi, keputusan ditangan kita.

4.jika harga turun, kita boleh lock harga pada bila-bila masa walaupun di tengah malam ( jika kita dealer) , jika anda adalah pelanggan biasa, anda boleh hubungi saya 013-817 4166, sudah pasti saya akan melayan anda hehe...

5. Ketulenan emas terjamin kerana anda boleh memeriksa ketulenan emas di Public Gold Sdn.Bhd.

Dan banyak lagilah kelebihan produk Public Gold Sdn. Bhd

Ok , menjawab soalan tadi, kalau kita nak beli emas,ada beberapa perkara perlu dibuat:

1. Buat pemerhatian harga emas dalam seminggu, tapi kalau nak mudah, boleh WhatsApp atau sms saya untuk minta pandangan. Macam mana nak tengok harga mana nak ditengok kalau kita nak membeli emas?
Tengok dibawah...


Kalau kita nak beli, perhati harga PGSELL. Ha..ada yang agak kelirukan dengan term ini. Saya pun serupa juga, Mula-mula dulu  pun, saya  agak keliru dengan term PGSELL. Untuk senang nak ingat PGSELL ialah harga PG menjual. Contohnya, kalau kita nak beli 1 Dinar, harga kita beli adalah RM801.00. Kalau anda duduk di semenanjung, anda tidak perlu membayar kos pengangkutan untuk produk dinar. Kalau untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak anda perlu membayar kos pengangkutan. Untuk 1 dinar, kos pengangkutan adalah RM10.00.

Jika anda hendak menjual pula, anda perlu tengok harga PGBUY iaitu harga Public Gold membeli. Jika kita nak jual, pastikan harga PGBUY kita dulu lebih dari harga PGSELL. Kalau harga PGBUY lebih tinggi,maknanya perbezaan harga adalah keuntungan kita.

Harga emas berubah setiap 20 minit, klik di sini...