Labels

Sunday, September 29, 2013

BILA MASA UNTUK MENJUAL EMAS JIKA ANDA BUKAN DEALER PUBLIC GOLD?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya mula membuat simpanan emas fizikal sejak tahun 2010. Memang orang beli emas, macam beli rumah, semakin lama disimpan semakin tinggi harganya. Tapi saya tertanya-tanya pada diri sendiri, kalau kita beli rumah, kalau kita sewa rumah tersebut, kita akan mendapat hasilnya setiap bulan apabila penyewa membayar sewanya.

Tapi berlainan dengan emas, kita tak merasa hasilnya selagi kita tidak menjual emas kita. Saya nak kalau boleh simpanan emas kita tu biarlah dapat mendatangkan hasil juga . taklah beku hingga sampai masa kita nak menggunakannya

Dari pengiraan saya, kalau kita membeli emas public gold, kita boleh menjual dan membeli untuk mendapatkan keuntungan jika trend harga emas turun dan naik dengan perbezaan yang tertentu.

Jika kita hendak membeli emas, kita akan rujuk harga PGSELL dan jika kita hendak menjual kepada Public Gold, kita perlu rujuk harga PGBUY . Perbezaan dari harga  PGSELL  masa kita beli dulu dengan harga PGBUY semasa kita hendak menjual perlu diambil kira jika kita ingin mendapat keuntungan jangka pendek.

Ini sebagai panduan untuk diri saya sendiri dan yeman-teman yang ingin mendapat keuntungan jangka pendek.
Untuk mudahkan cerita , kita hanya pantau harga 1 dinar. Saya pilih satu dinar sebab nilainya rendah, so mudah untuk diingati.

Bila kita boleh menjual untuk mendapat keuntungan :

Kalau bukan dealer , jika ingin menjual untuk mendapatkan keuntungan pastikan beza harga PGSELL masa kita membeli dahulu dengan  PGBUY  masa kita hendak menjual. Anda boleh menjual jika harga PGBUY melebihi harga PGSELL  semasa kita membeli dahulu. Jika harga PGSELL lebih rendah dari PG BUY , baik jangan jual.

contoh seperti ini:





Katakan jika saya hendak membeli produk Public Gold, saya perlu rujuk harga PGSELL, saya juga agak keliru dengan term ini dulu. Untuk senang ingat PGSELL adalah harga Public Gold Sdn Bhd jual kat kita, manakala PGBUY adalah harga Public Gold Sdn Bhd beli dari kita. Ada faham...mudah ingatkan?..

Dalam kes diatas, jika kita beli 1 dinar dengan harga RM767.00, bila harga 1 dinar naik RM801, jika kita naik jual tengok PGBUY ialah  RM756.00. So kalau kita naik jual belum untung lagi..kita akan rugi  RM767-RM756 iaitu RM11.00. kalau yang kat Sabah dan Sarawak jangan lupa charge transportation..

Jika berminat, klik sini


No comments:

Post a Comment