Labels

Friday, June 29, 2012

Membeli emas kenalah ada ilmu

Asslamulaikum dan salam sejahtera semua..
kali ni nak share kesilapan yang telah saya lakukan semasa kali pertama membeli emas piublic gold. Saya share di sini agar menjadi panduan pada pembaca.
sebelum membeli produk public gold, memang saya telah tau kelebihan menyimpan dalam bentuk emas fizikal. saya cuma google jenis-jenis emas fizikal. Ada banyak pilihan emas fizikal di luar sana.
walupun saya membuat sedikit kesilapan, tapi saya bersyukur kerana telah membeli dari public gold. saya akan cerita kenapa saya kata saya bersyukur kerana membeli emas public gold kemudian.

KESILAPAN SAYA : kali pertama membeli emas, saya tidak mengkaji harga emas. mengkaji di sini bermaksud... saya menaruh sepenuh kepercayaan kepada dealer public gold . Bila dia mengatakan harga emas turun, saya terus membeli emas tersebut.

Kita sepatutnya mengkaji harga emas dalm 6 bulan,, berapa harga paling tinggi dan paling rendah dalam tempoh tersebut.
KEPUTUSAN YANG BIJAK : Kita hanya mula membeli emas apabila harganya dibawah purata harga dalam 6 bulan tersebut. Tak ada sesiapa yang tau berapa harga paling rendah atau paling tinggi.

Untuk mempastikan kita membeli dengan harga yang rendah, jadikan emas yang pertama kita beli itu sebagai panduan. sebolehnya, kita beli emas tambahan kita dengan harga yang lebih murah dari emas pertama kita beli.

Saya harap dengan sedikit coretan ini dapat memberi sedikit idea sebelum anda membeli emas.

No comments:

Post a Comment