Labels

Thursday, February 7, 2013

Simpanan Emas..Untung ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya ni menulis dari pandangan saya sendiri. Yang tiada ilmu tentang emas. Apa yang saya tulis, adalah apa yang saya rasa dan alami sendiri.
Pada saya, simpanan dalam bentuk emas adalah salah satu cara untuk kita mencegah hasil usaha kita dari susut nilai ditelan inflasi. Kalau anda di luar sana nak dapat untung dalam jangka pendek dengan membuat pelaburan emas, memang boleh..yang penting , kita perlu modal yang besar. Contohnya dengan menjadi dealer public gold setiap belian atau jualan kita akan mendapat komisen. Jika kita membeli dengan harga murah, tapi bila harga emas naik , kita boleh menjual semula emas tersebut.
Ada 2 keuntungan yang kita akan nikmati iaitu :
i. Untung dari perbezaan harga yang kita beli dahulu
ii. Komisen dari Public Gold semasa kita membeli dan menjual.

Bagfi kita yang tak ada modal besar, lebih baik kita mula menyimpan emas..kalau setiap bulan kita peruntukkan gaji kita untuk membeli emas..sudah pasti di hujung tahun kita akan memiliki emas tanpa kita sedari
Maknanya beli melalui Ansuran (EPP) iaitu ansuran 4 bulan yang disedia oleh PG.

Contoh yang paling murah adalah 1 dinar yang bernilai RM722 semasa saya menulis coretan ini. setiap bulan kita hanya perlu membayar lebih kurang RM150 atau kurang.

Kepada sesiapa yang belum memiliki rumah, saya rasa cara ini adalah terbaik..mula mengumpul emas, bila sampai masa untuk membeli rumah, jual semua koleksi emas kita. Disaran membeli produk Public Gold, kerana susut nilai adalah rendah jika dibanding dengan menjual emas perhiasan di kedai emas kerana susut ialinya lebih kurang 20%

No comments:

Post a Comment