Labels

Sunday, December 1, 2013

Mana dan bagaimana nak beli emas Public Gold

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Mungkin ada yang bertanya macam mana saya boleh mula membeli emas dari Public Gold ini. Sebenarnya dalam tahun 2009, saya merasa risau dengan simpanan saya kerana setiap tahun ada saja kenaikan barang walaupun gaji naik. Maknanya walaupun gaji menaik, kuasa membeli masih juga sama. kalau masih sama  , taklah risau sangat. Yang risaunya, bila kuasa membeli kurang walaupun terdapat kenaikan gaji. Tapi, setakat ini tak adalah sampai terjadi begitu..Alhamdulillah..

Saya mula bekerja pada tahun 1990, pada masa tersebut, 1 gm emas berharga sekitar RM40 sahaja, berbanding hari ini 1 gm pernah mencecah RM180.

Saya ada juga membaca buku tentang pengurusan kewangan. Antara saranan nya adalah membeli aset. Memang saya setuju, membeli aset adalah satu caraterbaik untuk kita mengelak simpanan kita dari susut nilai. Tapi , berapa banyak rumah yang kita boleh beli kalau kita makan gaji. Paling banyak pun mungkin 3 buah. Lagi satu, kalau kita ada masalah kewangan, rumah mengambil masa yang agak lama untuk dijual kerana melibatkan peraturan yang perlu dipatuhi.

Rumah aset terbaik tapi susah untu dicairkan.


Emas, juga aset senang untuk dicair .



Mak selalu bercerita, dulu mereka beli rumah yang kami tinggal sekarang dengan menjual semua barang kemas emak. Katanya..dulu harga emas sangat murah, tak macam sekarang. Hasil jualan barang kemas tersebut dijadikan deposit untuk membeli rumah yang kami tinggal sekarang.

Dari cerita emak tu saya nekad nak beli emas sebagai alternatif untuk simpanan selain dari simpan dalam bentuk cash. Mulalah projek melayari internet untuk mencari  produk apa yang perlu dibeli. Banyak informasi tentang simpanan emas di internet. Dah fikir masak-masak, saya tertarik dengan informasi di www. publicgoldsarawak.com. Setelah berfikir dan sembahyang istikarah, saya mengambil keputusan untu membeli emas publicgolg. Saya terus menghubungi En. Hafizul Hakimi. Saya tak pernah kenal beliau dan bertanya lebih lanjut tentang produk Public Gold. Dari banyak-banyak produk emas yang lain, saya nekad untuk membeli emas public Gold.

Dari penerangan En. Hafizul Hakimi saya mengambil keputusan untuk menjadi normal dealer, tujuan asal menjadi dealer adalah untuk mendapat komisen dengan pembelian dan penjualan emas ini. Anda nak tau, saya dengan yakin membeli emas bernilai RM20,000.00 . Walaupun saya tak kenal En. Hafizul tapi saya percaya dia tak akan menipu saya. Walaupun sedikit sebanyak ada juga kecut di hati, manalah tau..hehe. So saya senyap-senyap aje bila membeli produk tu. Saya bank in duit ke akaun Public Gold. Resit pembayaran diguna untuk collect emas di cawangan Public Gold di Kuching.

Setelah mendapat item yang saya beli, saya masih tidak yakin untuk memberitahu adik beradik tentang emas yang saya beli hinggalah adik saya, admin cikguemas.com bertanya tentang emas yang saya beli. Beliau sangat berhati-hati jika melibatkan  bab pe;aburan dan wang ini. Setelah dia menghadiri taklimat dari En. Hafizul , dia terus menjadi Priority Dealer dengan membeli item berjumlah RM100,00.00. Dan sekarang setelah hampir 3 tahun , ternyata tindakan kami tidak merugikan. Adik saya telah menjadi Master Dealer dan mendapat pendapatan pasif yang tidak pernah dia fikir sebelum ini.

Sekarang harga emas sangat rendah dibanding masa saya mula membeli dahulu. Mungkin ada yang bertanya rugikah membeli kerana sekarang harganya rendah. Jawab saya, selagi kita TIDK MENJUAL EMAS TERSEBUT, KITA TIDAK UNTUNG DAN TIDAK RUGI .

Masa harga emas rendah, tindakan kita adalah menambah stok dan bersedia untuk menjual bila harga tinggi daripada harga belian kita iaitu PG BUY.

Kalau ada yang hendak membeli boleh sms / whatsApp  / call  butiran berikut ke 013-817 4166
1. nama
2. no ic
3. no talifon
4. email
5. item yang nak dibeli
6. cara pembayaran EPP atau full payment
8. nak collect cawangan mana

contoh:
Asma, 66....., 0138174166, asmashar1@yahoo.com, 10 dinar x 4, full payment, Kuching Branch

Saya akan lock untuk anda setelah menerima SMS anda. The next day Public Gold akan confirm tempahan anda dan email butiran pembelian anda.
Apa anda perlu buat ialah buat pembayaran samada guna Bank deposit atau online payment. Kebaikan guna online payment, soft copy tu sebagai bukti bayaran anda. Jika anda guna bank deposit, resit pembayaran itu prlu dibawa untuk anda menuntut emas yang anda beli.

Atau anda boleh terus register di sini dan lock harga sendiri. Kalau tak beli pun tak apa, boleh register saja. Tak perlu bayar hehe.

CHECK HARGA DAN REGISTER DI SINI

No comments:

Post a Comment