Labels

Thursday, February 28, 2013

Mengapa Public Gold Menjadi Pilihan Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin ada teman- teman di luar sana masih ragu-ragu untuk membeli emas dri Public Gold Sdn. Berhad. Atau ada yang terfikir Public Gold Sdn. Bhd. adalah Public Bank. Saya faham perasaan anda sebab saya sendiri mengalami dilema yang sama sebelum ini. Mana tidaknya, untuk membeli emas, kita perlu modal yang besar.
     Pada masa sekarang , emas yang paling murah adalah 1 dinar yang nilainya berkisar antara RM700-RM900.Sebelum saya mula membeli produk Public Gold, saya telah menyedari tentang inflasi dan sangat risau simpanan untuk anak-anak saya akan susut nilai. Biasa simpanan untuk anak-anak ,kita hanya akan mengguna wang tersebut apabila anak kita selesai SPM maknanya kita akan menyimpan dalam jangkamasa 17 tahun.
       Tahukah anda dalam masa 17 tahun berapa banyak nilai matawang kita akan susut. Dulu ada yang mengatakan 20% setahun atau mungkin lebih sebab setiap kali saya membeli barang dapur saya perasan sentiasa ada kenaikan.. Tak mustahil simpana bernilai RM1000 sekarang 10 tahun akan datang bernilai RM100. Maksud saya di sini RM1000 itu hanya dapat membeli barang yang bernilai RM100 sekarang. Tapi kalau kita membeli emas yang bernilai RM1000, 10 tahun akan datang nialinya akan bertambah. Contoh yang mudah, harga seekor kambing sekarang bernilai RM700 lebih kurang harga 1 dinar emas, 10 tahun akan datang harga kambing sudah pasti akan meningkat, mungkit RM1500, tapi kita masih boleh membeli kambing itu dengan harga 1 dinar.
   Atas kesedaran inilah , saya mencari produk emas yang sesuai untuk dibeli. Setelah mengkaji tentang Public Gold. Sdn Berhad ini, saya yakin, inilah produk yang saya cari.

Kenapa Public Gold Sdn Bhd:
1. Syarikat ini adalah syarikat tempatan yang beribu pejabat di Pulau Pinang. Ditubuh pada tahun 2008. Sejak itu, ia telah berkembang dengan pesat. Telah mendapat berbagai anugerah.







 Antara cawangan -cawangan Public Gold Sdn. Bhd.



2. Emas yang dihasil , ketulenan terjamin dengan adanya sijil Assayer iaitu yang mengesahkan ketulinan emas tersebut.




Antara anugerah yang diterima oelh Public Gold. Sdn Bhd.

3. Produk yang kita beli, kita simpan sendiri, maknanya jika berlaku apa-apa pada syarikat , kita tidak akan rugi sebab emas ada di tangan kita.
4.Syarikat sentiasa sedia membeli balik item kita dengan harga semasa. Walupun dalam keadaan harga emas melambung tinggi.
5. Produk walaupun cacat atau tercalar, syarikat sedia membeli semula.
6.Bagi mereka yang ingin mendapat keuntungan jangka pendek, jual beli emas adalah jawapannya, mereka boleh membli emas pada masa harga rendah dan menjual pada masa harga tinggi.



7. Saya telah cuba menjual produk ini di kedai emas, ternyata mereka sanggup membeli produk tersebut. tetapi saya nasihatkan anda menjual semula kepada Public Gold Bhd sebab mereka akan membeli ikut harga semasa . Rujuk  harga PGBUY

Dan baru-baru ini, syarikat diber kepercayaan untuk mengeluar koleksi emas sempena Pertabalan DYMM Yang Dipertuan Agong. Ini adalah jaminan yang sangat kukuh. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan sebegini.



  

No comments:

Post a Comment